What time is it?

Thursday, January 9, 2014

Resipi sotong goreng tepung ( tips elak minyak meletup! )

Sotong goreng tepung Berempah rangup (hidangan 2-3 org)
*bagi yg sgt100x suka sotong goreng tepung, mmg xcukup!!!**

Sotong (saiz sederhana) - 300g
Tepung jagung
Tepung kentucky (any brand)
Serbuk cili
Ketumbar
Jintan manis
Serbuk kari
Sebiji telur
Garam,perisa secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara

  1. Bersihkan sotong dan potong bentuk cincin (kira2 1 cm ketebalan)
  2. Toskan sotong selama 30minit untuk mengeringkan air basuhan tadi
  3. Didalam mangkuk yang berlainan, masukkan dan gaul tepung, serbuk cili, ketumbar,jintan, serbuk kari, garam serta serbuk perasa
  4. Gaulkan sotong bersama telur sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali
  5. Ambil sedikit demi sedikit sotong dan gaulkn ke dalam bahan kering sehingga menyaluti penuh sotong
  6. Gorengkan sotong bersalut tepung dengan api yang kuat selama kira-kira 8-10minit
  7. Angkat dan toskan sotong yang sudah kerangupan dan bertukar warna keperangan
  8. Sotong bersalut tepung berempah sudah siap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi putih panas!!! ^_^


TIPS|-
* kalau menggunakan sotong saiz besar, potong dalam saiz kecil untuk mengelakkan sotong menjadi liat
* jangan goreng terlalu lama sotong dengan api yang kecil, untuk mengelakkan sotong liat
* toskan sotong sehingga kering kerana sotong yang kering disaluti tepung, tanpa ada kesan air basuhan, inshaAllah tidak meletup di dalam minyak.
* jika mahukan tekstur yang lebih padat&kulit tepung yang lebih tebal, double coating tepung dengan menggaul sotong yang sudah disaluti tepung dengan telur skali lagi, dan gaul kali kedua dengan tepung.

2 comments:

Ummu said...

hahaha,,kami pon goren gsotong tepungg kejap tadik.huhuhuh.sama la plak menu

what's cookin' PoohBear? said...

^_^ sedapppp kannn!!!!! Love it...