What time is it?

Tuesday, January 14, 2014

RESIPI CHOCOLATE CHIP OAT BISCOTTI

Bahan2nya
Bahan kering
2 cup tepung gandum @ serbaguna
1/2 cup oatmeal
1/2tsp baking soda
1/2tsp baking powder
1/2tsp garam
1 cup gula halus

3 telur
1 tsp vanila
1 cup chocolate chip/chocolate rice

cara-caranya
1.preheat oven 180darj selama 15 minit
2. gaul rata bahan kering ke dalam mangkuk, kemudian pukul telur satu persatu dan vanila kedalam mangkuk tadi.
3. setelah adunan sebati, gaul dengan senduk chocolate chip/rice
4. di dalam tray pembakar, sapukan sedikit tepung untuk mengelakkan roti melekat apabila dibakar
5.sapukan ke dua tangan dengan tepung sebelum mengendalikan adunan,  letakkan adunan di atas tray pembakar & bentukkan menjadi 'log'.
6. masukkan ke dalam oven pembakar dengan suhu 180darj selama 20-25minit
7. selepas itu, sejukkan log biscotti selama beberapa minit sebelum mula memotong.
8. potongan bergantung kepada kehendak masing2
9. susun biscotti yang telah dipotong tadi didalam tray pembakar dan bakar sekali lagi dengan suhu 150darj selama 10-15minit untuk sebelah, kemudian diterbalikkan sebelah lagi dengan suhu yang sama untuk 10-15minit lagi.
10. biscotti telah siap apabila kedua belah bahagian keperangan dan telah kering.
11. masukkan biscotti yang telah sejuk ke dalam bekas kedap udara dan ia boleh disimpan untuk minum petag bersama keluarga atau sebagai sarapan pag... ^_^


TIPS:
*adunan biscotti adalah lembik dan harus mengendalikkannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan ianya terlalu melekat ke tangan. gunakkan tepung gandum untuk mengurangkan adunan terlalu melekat ke tangan
*jangan memotong biscotti terlalu tebal@nipis, ketebalan 1-2cm adalah kebiasaan.







No comments: