What time is it?

Sunday, January 19, 2014

RESIPI MINI CHICKEN MUSHROOM POTPIE

bahan2
bekas loyang pie

Bahan inti
1 isi dada ayam dihiris kiub@ayam cincang
mixed vegetable (carrot, peas,corn) sukatan ikut banyak sayuran dikehendaki
1 biji kentang (dipotong dadu&direbus kemudian dilenyek)
1/4 cup susu segar
1 sudu besar mentega
cendawan butang tin (dihiris kecil)
sedikit minyak untuk menumis
bawang putih,bawang merah dicincang
sos tiram
1tsp kicap manis
garam& perasa


Bahan pie crust
tepung gandum 2 1/2 cup
1 cup susu segar
1 cup butter
1 tsp garam
kuning telur
minyak untuk mengoles loyang pie


Cara2nya (membuat pie crust)
1. adunankan bahan pie crust kecuali kuning telur. jika adunan berupa sedikit crumbly@kering, uli dengan tangan tambahkan sedikit demi sedikit susu segar sehingga adunan boleh dibentuk menjadi kulit pai.

2. sediakan loyang pai yang telah dioleh dengan minyak dan leperkan adunan kemudian jadikan ketebalan pai crust tidak lebih dari 0.5cm.

3. bakar pai di dalam oven dengan suhu 180darj selama 10-15minit. (pai masih dalam keadaan setengah masak tetapi sudah  boleh di angkat dari loyang

Cara2 (membuat inti)
1. tumis bwg putih&bwg merah dengan sedikit minyak di dalamkuali. setelah naik bau, masukkan isi ayam & mixed vegetable. campurkan sos tiram, kicap manis,garam&perasa. masak sehingga empuk
2. di dalam bekas lain, campurkan kentang yang sudah dilenyek tadi bersama mentega&susu.
3. apabila inti ayam tadi sudah masak dan kuahnya juga sudah sedikit kering,tutup api kemudian campurkan ke dalam bekas berisi kentang lenyek,mentega&susu tadi. gaul rata sehingga sebati. (pastikan inti tidak terlalu kering@terlalu basah)
4. biar inti sejuk dahulu selama beberapa minit, sebelum dimasukkan ke dalam kulit pai
5. apabila sudah dimasukkan inti ke dalam kulit pai, sediakan topping dengan menggunakan lebihan adunan kulit pai tadi. terpulang bentuk topping yang dikehendaki.
6. sapu kuning telur tadi di atas topping dan sisi kulit pai. jika tidak menggunakan topping, sapukan kuning telur di atas inti pai untuk memberi warna dan rasa.
7. bakar sekali lagi pai, tapi tanpa loyang. dengan suhu 150darj selama 20minit menggunakan api atas untuk memasakkan topping,kemudian ditukar api bawah selama 15minit. bakar sehingga topping menjadi keperangan&kulit dibawah pai juga keperangan. hidangkan pai di dalam kertas cawan.

Lazat dimakan untuk sarapan pagi, dna petang bersama keluarga!!!! SELAMAT MENCUBA!  ~PB~

TIPS
*pastikan kulit pai tidak terlalu nipis untuk mengelakkan pecah
*loyang pai harus dioles dengan minyak untuk tidakmelekat
*topping pai tidak semestinya dibuat, terpulang kepada kehendak individu
*pembakaran kali ke2 boleh dilakukan ketika hendak menikmati hidangan, sekiranya ingin disimpan terlebih dahulu, selepas meletakkan topping, masukkan pai ke dalam peti sejuk dengan bekas tertutup. jika hendak dinikmati, barulah dibakar. ^^











No comments: