What time is it?

Tuesday, May 20, 2014

RESIPI SWEET CORN SOUP WITH CRAB MEAT

1 Packet instant corn soup (seafood@chicken )
1 egg (any size)
5cups plain water
1 ½ spoon corn flour
Secubit Serbuk cukup rasa

BAHAN A
1 tin sweet corn
Sliced thinly tin button mushroom
Sliced thinly crab meat
Sliced thinly black mushroom

Cara-cara
Panaskan 5cups plain water, masukkan 1 packet instant corn soup
Apabila air sudah mendidih, masukkan semua bahan A
Kacau sup sambil masukkan serbuk cukup rasa
Kemudian, pecahkan 1 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan garfu sehingga putih dan kuning telur bercampur.
Dengan perlahan-lahan, masukkan telur ke dalam sup sambil sebelah tangan mengacau sup menggunakan garfu. Ini akan memberi efek carikan telur yang cantik.
Akhir  sekali, masukkan tepung jagung untuk memekatkan sup. (ikut kepekatan yang disuka)
Tutup api dan siap dihidangkan... ^_^

TIPS:
1) bahan campuran boleh dipelbagaikan, boleh masukkan isi ayam, pelbagai jenis cendawan, dan sebagainya.
2) pastikan api dibesarkan semasa memasukkan telur.
3) tepung jagung dicairkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sup untulk mengelakkan gumpalan tepung. Kepekatan sup mengikut citarasa sendiri.






Monday, March 10, 2014

RECIPE MOCHA CHEESECAKE BROWNIES

                        RECIPE MOCHA CHEESECAKE BROWNIES
MOCHA CHEESECAKE BROWNIES
Mocha batter
185g butter
1/4 cup cocoa powder
1  cup castor sugar
3 eggs
1 cup flour
1/4 cup black coffee

cheesecake
500g cream cheese (2 pack of tartura cheese)
5 tbsp castor sugar
2 eggs
1tsp vanila extract

Cara-caranya
1. panaskan oven 160deg, lapik loyang berukuran 8 inci dengan baking paper
2. gaul dengan sebati coffee, cocoa powder, butter, sugar, eggs and flour.
3. di dalam bekas yang lain, gaulkan cream cheese, gula, telur dan vanila sehingga kembang. 
4. tuang ke dalam loyang bergilir2 shingga habis dan swirl menggunakan mata pisau untuk memberi efek marble
5. bakar di dalam oven selama 15-20 minit atau sehingga brownies masak

TIPS:
  • pastikan adunan di dalam loyang tidak terlalu tinggi,  tidak melebihi 3 cm. sekiranya ingin membuat brownies yang lebih tinggi, lebihkan masa untuk memasak di dalam oven.
  • jangan biarkan brownies terlalu masak atau kering di dalam., untuk mengekalkan kelembapan brownies. 
  • keluarkan brownies dari oven apabila telah 3/4 masak. 
selamat mencuba.... ^^ 

Sunday, January 19, 2014

RESIPI MINI CHICKEN MUSHROOM POTPIE

bahan2
bekas loyang pie

Bahan inti
1 isi dada ayam dihiris kiub@ayam cincang
mixed vegetable (carrot, peas,corn) sukatan ikut banyak sayuran dikehendaki
1 biji kentang (dipotong dadu&direbus kemudian dilenyek)
1/4 cup susu segar
1 sudu besar mentega
cendawan butang tin (dihiris kecil)
sedikit minyak untuk menumis
bawang putih,bawang merah dicincang
sos tiram
1tsp kicap manis
garam& perasa


Bahan pie crust
tepung gandum 2 1/2 cup
1 cup susu segar
1 cup butter
1 tsp garam
kuning telur
minyak untuk mengoles loyang pie


Cara2nya (membuat pie crust)
1. adunankan bahan pie crust kecuali kuning telur. jika adunan berupa sedikit crumbly@kering, uli dengan tangan tambahkan sedikit demi sedikit susu segar sehingga adunan boleh dibentuk menjadi kulit pai.

2. sediakan loyang pai yang telah dioleh dengan minyak dan leperkan adunan kemudian jadikan ketebalan pai crust tidak lebih dari 0.5cm.

3. bakar pai di dalam oven dengan suhu 180darj selama 10-15minit. (pai masih dalam keadaan setengah masak tetapi sudah  boleh di angkat dari loyang

Cara2 (membuat inti)
1. tumis bwg putih&bwg merah dengan sedikit minyak di dalamkuali. setelah naik bau, masukkan isi ayam & mixed vegetable. campurkan sos tiram, kicap manis,garam&perasa. masak sehingga empuk
2. di dalam bekas lain, campurkan kentang yang sudah dilenyek tadi bersama mentega&susu.
3. apabila inti ayam tadi sudah masak dan kuahnya juga sudah sedikit kering,tutup api kemudian campurkan ke dalam bekas berisi kentang lenyek,mentega&susu tadi. gaul rata sehingga sebati. (pastikan inti tidak terlalu kering@terlalu basah)
4. biar inti sejuk dahulu selama beberapa minit, sebelum dimasukkan ke dalam kulit pai
5. apabila sudah dimasukkan inti ke dalam kulit pai, sediakan topping dengan menggunakan lebihan adunan kulit pai tadi. terpulang bentuk topping yang dikehendaki.
6. sapu kuning telur tadi di atas topping dan sisi kulit pai. jika tidak menggunakan topping, sapukan kuning telur di atas inti pai untuk memberi warna dan rasa.
7. bakar sekali lagi pai, tapi tanpa loyang. dengan suhu 150darj selama 20minit menggunakan api atas untuk memasakkan topping,kemudian ditukar api bawah selama 15minit. bakar sehingga topping menjadi keperangan&kulit dibawah pai juga keperangan. hidangkan pai di dalam kertas cawan.

Lazat dimakan untuk sarapan pagi, dna petang bersama keluarga!!!! SELAMAT MENCUBA!  ~PB~

TIPS
*pastikan kulit pai tidak terlalu nipis untuk mengelakkan pecah
*loyang pai harus dioles dengan minyak untuk tidakmelekat
*topping pai tidak semestinya dibuat, terpulang kepada kehendak individu
*pembakaran kali ke2 boleh dilakukan ketika hendak menikmati hidangan, sekiranya ingin disimpan terlebih dahulu, selepas meletakkan topping, masukkan pai ke dalam peti sejuk dengan bekas tertutup. jika hendak dinikmati, barulah dibakar. ^^











Tuesday, January 14, 2014

RESIPI CHOCOLATE CHIP OAT BISCOTTI

Bahan2nya
Bahan kering
2 cup tepung gandum @ serbaguna
1/2 cup oatmeal
1/2tsp baking soda
1/2tsp baking powder
1/2tsp garam
1 cup gula halus

3 telur
1 tsp vanila
1 cup chocolate chip/chocolate rice

cara-caranya
1.preheat oven 180darj selama 15 minit
2. gaul rata bahan kering ke dalam mangkuk, kemudian pukul telur satu persatu dan vanila kedalam mangkuk tadi.
3. setelah adunan sebati, gaul dengan senduk chocolate chip/rice
4. di dalam tray pembakar, sapukan sedikit tepung untuk mengelakkan roti melekat apabila dibakar
5.sapukan ke dua tangan dengan tepung sebelum mengendalikan adunan,  letakkan adunan di atas tray pembakar & bentukkan menjadi 'log'.
6. masukkan ke dalam oven pembakar dengan suhu 180darj selama 20-25minit
7. selepas itu, sejukkan log biscotti selama beberapa minit sebelum mula memotong.
8. potongan bergantung kepada kehendak masing2
9. susun biscotti yang telah dipotong tadi didalam tray pembakar dan bakar sekali lagi dengan suhu 150darj selama 10-15minit untuk sebelah, kemudian diterbalikkan sebelah lagi dengan suhu yang sama untuk 10-15minit lagi.
10. biscotti telah siap apabila kedua belah bahagian keperangan dan telah kering.
11. masukkan biscotti yang telah sejuk ke dalam bekas kedap udara dan ia boleh disimpan untuk minum petag bersama keluarga atau sebagai sarapan pag... ^_^


TIPS:
*adunan biscotti adalah lembik dan harus mengendalikkannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan ianya terlalu melekat ke tangan. gunakkan tepung gandum untuk mengurangkan adunan terlalu melekat ke tangan
*jangan memotong biscotti terlalu tebal@nipis, ketebalan 1-2cm adalah kebiasaan.







Monday, January 13, 2014

Resipi Nasi goreng 7minit...

 Sonang bah itu...sarapan yang mengenyangkan untuk anak2 ke sekolah, yang bergegas ke tempatkerja, masukkan suma je bahan ke dalam kuali..then siap!! dalam masa 7minit.

Nasi Goreng Butter Telur bersama ikan bilis rangup
Bahan2 (hidangan 1-2orang)
Nasi yang sudah ditanak (2cawan)
Telur 1 biji
Mentega 1 sudu
ikan bilis yang sudah digoreng rangup

  1. masukkan mentega ke dalam kuali yang panas (api kecil)
  2. masukkan telur dan gaul sehingga telur setengah masak&hancur
  3. masukkan nasi dan menggunakan api besar, teruskan mengaul nasi tadi sehingga semua bahan telah sebati. bolehlah dimasukkan bahan perasa&garam secukupnya.

TIPS:
*basuh terlebih dahulu ikan bilis untuk menrangupkannya
*mentega memberikan rasa lemak kepada nasi, namun mentega boleh diganti dengan minyak

Unwell PB.... :(

haluuuuuu...haluuuuu...
seharian semalam PB tak sihat,..dapur WCPB pun tak berasap lah nampak gayanya...tapi skrg, alhamdulillah...PB dh sembuh & dh boleh meng'asap'kan dapur WCPB.... ^_^

Saturday, January 11, 2014

Resipi Bubur Ayam ala Assyura McD

Bubur Ayam ala Assyura McD (hidangan 1-2 org)\

Beras 1 cawan
air 5cawan
Isi ayam dipotong jalur2 (100g)
Bawang merah
halia
ikan bilis
kacang tanah yang telah digoreng (pilihan)
daun sup
garam&perasa (guna serbuk cukup rasa lebih sesuai)


  1. basuh beras sehingga bersih 
  2. masukkan beras,halia bersama air  kedalam periuk
  3. mayang (potong panjang2@nipis) bwg merah dan halia 
  4. reneh bubur selama 20-30minit,gaul sesekali untuk mengelak bubur hangus di bawah periuk, gunakan api kecil sentiasa
  5. bubur telah masak apabila beras sudah mengembang&lembut untuk dimkn, kemudian bolehlah dimasukkan bahan perasa dan garam


Bahan sampingan
isi ayam digaul dengan bahan perasa&ditumis dengan minyak sedikit di atas kuali. angkat sehingga ayam sudah setengah masak
goreng bwg merah di dalam minyak sehingga keperangan kemudian ditoskan,
goreng ikan bilis sehingga keperangan dengan api kecil
potong nipis daun sup

akhir sekali, taburkan ayam, bwg goreng, ikan bilis,kacang & daun sup di atas bubur yang siap dihidang.


TIPS:
* sukatan beras:air = 1:5 (maksudnya 1 cwn beras bersamaan 5 cawan air)
* mengoreng bwg merah dengan api yang kecil, apabila melihat bwg merah sudah berwarna sedikit perang, tutp api tapi teruskan mengacau bwg di dalam minyak panas tadi selama 15-20saat kemudian diangkat dan ditoskan. cara ini memastikan bwg kekal rangup keseluruan dengan sempurna
* masukkan sedikit bwg&isi ayam yg sudah digoreng ke dalam bubur untuk menambah perasa bwg goreng dan ayam ke dalam bubur
*  kekerapan mengacau bubur sementara ia masak memberi kesan bubur hancur&kurang hancur.
*kepekatan bubur bergantung kepada selera masing2 dengan menambah@kurgkan air






Friday, January 10, 2014

(Nasi Ayam Penyet ala Sarawak Style) Resipi Sambal

Nasi Putih + sambal ayam penyet + Ayam penyet goreng +
 tempe,timun, tauhu goreng & kobis
Resipi Sambal

Cili kering 3-4 batang
belacan 3cm
bawang merah 5ulas
bawang putih 2ulas
ketumbar (sesudu besar)
jintan manis (sesudu besar)
serbuk ayam penyet  (kalau ada)
sesudu gula melaka@gula apung
garam&perasa
tepung jagung
minyak untuk menggoreng (3sudu makan)

Cara2nya

  1. Kisar sehingga lumat & campurkan sehingga lumat semua bahan2 di atas (kecuali tepung jagung)
  2. Tumis dengan minyak sehingga naik bau.
  3. Sekiranya sambal nampak cair, masukkan sesudu tepung jagung yang telah dicairkan untuk memekatkan sambal



Resipi Ayam Penyet Goreng, tauhu, dan tempe penyet

Tauhu
Tempe
Ayam (mana2 bahagian pun boleh, tapi seeloknya whole leg)
ketumbar
jintan manis
lada hitam
serbuk ayam penyet
kunyit
garam & perasa
minyak untukmenggoreng

Cara2nya

  1. perapkan ayam,tauhu dan tempe dengan semua bahan2 perapan selama 1jam & simpan di dalam petiais
  2. kemudian bolehlah digoreng sehingga keperangan dan ditoskan

TIPS:
* sambal akan bertambah sedap dengan gula melaka (boleh juga diganti dengan gula)
*tauhu & tempe boleh dipotong ikut potongan sendiri
*ayam seeloknya menggunakan bahagian whole leg (ayam penyet mesti menggunakan bahagian whole leg)
*ayam dihiris sedikit isinya untuk memastikan bahagian dalamnya masak
*pastikan ayam tidak terlalu besar untuk tidakmentah apabilamenggoreng

Chocolate oreo velvet Muffin (cream cheese recipe+ tips how to make dark chocolate decoration on top!)



untuk resipi ini, PB buat sama je dgn muffin sebelum ni, just the difference PB tambah cream cheese on top. untuk resipi choco muffin, tekan link ~> chocolatemuffinrecipe

Cream Cheese recipe

100g butter, softened
150g cream cheese
200g icing sugar
1-2tbsp milk/plain water
food coloring (ikut suka kalau nak letak color/if not, leave it plain white)

  1. pukul dengan electric mixer butter, cream cheese dan setengah icing sugar bersama 1tbsp milk/plain water.
  2. tambah sedikit demi sedikit icing sugar dan 1 tbsp milk/plain water sehingga adunan nampak creamy, smooth dan gebu. 
  3. tambah icing sugar untuk lebih gebu.
  4. bolehlah ditambah coloring dan diadun perlahan menggunakan sudu. 

TIPS: 
1. icing sugar hendaklah disift terlebuh dahulu untuk mengelakkan gumpalan atau rasa berpasir pada icing
2. icing yang telah diadun jangan dibiar terlalu lama untuk mengelakkan icing menjadi cecair (kurg kegebuan) dengan suhu bilik
3. pipekan icing ke atas mufin yang telah sejuk, kerana jika dipipe keatas muffin yang masih hangat, icing akan mencair


Cara membuat dark chocolate decoration
1. cairkan cooking dark chocolate di atas double boiler. (kuali berisi air di bawah&satu lagi periuk berisi coklat di atas)
2. potong cooking chocolate kecil2 untuk mempercepatkan proses melting
3. paip coklate yang telah cair ke atas aluminium foil ,ikut gaya hiasan sendiri, masukkan ke dalam peti sejuk sehingga hendak diletakkan di atas muffin tadi.




Thursday, January 9, 2014

Spesifikasi minimum calon Isteri idaman lelaki


1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.
2. Istiqamah (konsisten) baca Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.
3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun lelaki tak beritahu terus terang.
4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.
5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami plak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.
6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.
7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed nak buat ape. Lelaki kahwin bukan nak jadikan isteri perhiasan je kat rumah tu.
8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal-tebal. Ala kadar je dah la. Make-up tebal sebenarnya di mata lelaki memang kurang diminati.
9. Tentang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.
10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan keadaan.
11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka.
12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah, nak ribalah…
13. Pandai baca Al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh mengajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim untuk anak-anak nanti sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi mesti ayah mesti garang.
14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut.
15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.
16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlukan  hadiah-hadiah, cukuplah dengan satu senyuman dari isterinya.
17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi lelaki tu tidak curang.
18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.
19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday & lain-lain yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dalam Islam. Contohnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.
20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.
21. Hormat orang tua walaupun mertua buat tak mesra dengan dia. Cuba ambil hati orang tua walaupun tak reti.
22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.
23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.
24. Sedia maafkan suami kalau suami ada buat salah. Pandai buat-buat merajuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain jugak, bincang elok-elok dulu sebelum pasrah.
25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. “Doaku Untukmu sayang – Wali Band” gitu.
26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit-picit kepala suami tu.
27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.
28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah.
29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan-kawan perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.
30. Akhir sekali dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kahwin dengan kamu..!!
Untuk kebaikan bersama,
Klik SHARE untuk berkongsi ILMU ini kepada sahabat Facebook yang lain..! Wallahualam.
Kredit Artikel From Syabab Musafir Kasih.

Resipi sotong goreng tepung ( tips elak minyak meletup! )

Sotong goreng tepung Berempah rangup (hidangan 2-3 org)
*bagi yg sgt100x suka sotong goreng tepung, mmg xcukup!!!**

Sotong (saiz sederhana) - 300g
Tepung jagung
Tepung kentucky (any brand)
Serbuk cili
Ketumbar
Jintan manis
Serbuk kari
Sebiji telur
Garam,perisa secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara

  1. Bersihkan sotong dan potong bentuk cincin (kira2 1 cm ketebalan)
  2. Toskan sotong selama 30minit untuk mengeringkan air basuhan tadi
  3. Didalam mangkuk yang berlainan, masukkan dan gaul tepung, serbuk cili, ketumbar,jintan, serbuk kari, garam serta serbuk perasa
  4. Gaulkan sotong bersama telur sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali
  5. Ambil sedikit demi sedikit sotong dan gaulkn ke dalam bahan kering sehingga menyaluti penuh sotong
  6. Gorengkan sotong bersalut tepung dengan api yang kuat selama kira-kira 8-10minit
  7. Angkat dan toskan sotong yang sudah kerangupan dan bertukar warna keperangan
  8. Sotong bersalut tepung berempah sudah siap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi putih panas!!! ^_^


TIPS|-
* kalau menggunakan sotong saiz besar, potong dalam saiz kecil untuk mengelakkan sotong menjadi liat
* jangan goreng terlalu lama sotong dengan api yang kecil, untuk mengelakkan sotong liat
* toskan sotong sehingga kering kerana sotong yang kering disaluti tepung, tanpa ada kesan air basuhan, inshaAllah tidak meletup di dalam minyak.
* jika mahukan tekstur yang lebih padat&kulit tepung yang lebih tebal, double coating tepung dengan menggaul sotong yang sudah disaluti tepung dengan telur skali lagi, dan gaul kali kedua dengan tepung.

DOUBLE CHOCO CHIP MOIST MUFFIN (no butter)

( +- 12pcs)


ingredients
Prepare 2 bowls....


Bowl 1
1 cup susu segar/fresh milk
1/3 cup vegetable oil
1 telur greb B
1 teaspoon esen vanila


Bowl 2
1 3/4 cups tepung naik sendiri
3/4 cup gula halus
1 cup  chocolate chips
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon baking soda
2 tablespoons cocoa powder
1/2 teaspoon of salt


Sediakan dua bekas mangkuk 
Panaskan oven 150deg  selama 15 minit.


1) Bowl 1= campurkan dan satukan semua bahan kering.
    Bowl 2= campurkan bahan basah dan pukul sehingga kembang <electric mixer> 1-2 minit
2) campurkan sedikit demi sedikit mangkuk 2 ke dalam mangkuk 1. Satukan sehingga sebati.
3) isikan adunan ke dalam cawan cupcake 3/4 penuh. Tabur di atasnya chocolate chip. Hias ikut suka.
4) masukkan ke dalam oven suhu 180deg selama 30minit atau sehingga cupcake masak.



TIPS:
4. utk yang taknak manis, becoz muffin PB ni sedikit manis, maka boleh diganti gula halus kepada gula perang.
5. 

1. kelembapan muffin adalah berdasarkan how 'runny' & smooth the batter..maksudnya kalu adunan tu kita tgk mcm smooth, pekat tetapi tidak bergumpal jatuh dari senduk, maknanya muffin tu akan lembap di dalam.

2. cara memeriksa muffin masak di dalam atau belum ialah dengan mencucuk muffin dengan lidi, kalu keluarnya bersih, muffin dh siap. ^^

3. tepung naik sendiri boleh diganti dengan tepung gandum, tetapi kena tambah lagi kuantiti baking soda n baking powder untuk naik cantik.






Resipi NON-BAKE LAYER CHEESECAKE WITH OREO CRUMBLE


1 bungkus cream cheese tartura
1-2 paket saltcheese biscuit
1 tin susu pekat manis
1 botol kecil susu segar ( untuk mencelup roti)
Optional topping (crushed oreo/chocolate cookies)
Acuan/loyang mengikut saiz masing-masing



Cara2nya...
Pukul cream cheese+susu pekat manis sehinga adunan putih dan gebu

Pastikan adunan cukup smooth and runny untuk memudahkan spread ke dalam loyang

Susun biskut yang telah dicelup dengan susu segar, ke dalam loyang satu persatu sambil dilapis
dengan adunan cheese tadi. (Turutan: biskut-> cream -> biskut -> cream )

Susun sehingga habis,jumlah lapisan mengikut masing2

Untuk lapisan atas,lapis sedikit tebal adunan cheese dan ditabur dengan crushed cookies.

Masukkan ke dalam petiais untuk beberapa jam.


Tips:
1. Untuk yg tidak dpt memperolehi saltcheese biscuits, boleh ditukar kepada biskut yg lain seperti cream crackers ( tapi mungkin kurenggg sedap!! )
2. Cream cheese boleh juga diguna jenama lain selain tartura
3. Lapik loyang atau acuan dengan aluminium foil untuk memudahkan kek diangkat dan dipotong.
4. Adunan cream cheese boleh dicampur dengan crushed oreo cookies untuk kepelbagaian.
SELAMAT MENCUBA KAWAN- KAWAN!!!!! >.<



CHEESECCAKE WITH OREO CRUMBLE 


Gambar proses tak sempat nak ambik, tp kalu ikut betul2 langkah tu, msti boleh!! ^^

Sedap n menjadi feberet org umah PB...heehhehe senang n mudah sbb xpyh masak....yeayyyy...














Nak tahu 3 rahsia untuk pandai memasak????

utk para gadis, wanita di luar sana..
memasak ini adalah satu kemahiran di mana semua org pandai masak...walaupun masak megi, masak air, masak jgk kan? skurg2nya pernah ada aktiviti melibatkan api, elektrik& masa menunggu...yg lagi advance, goreng telur, tanak nasi dsbg...well, rahsia&tips yang PoohBear (PB)  nak bgtahu ni, adalah drpd pengalaman PB sndri...

1. WAJIB ada minat&kesungguhan untuk belajar memasak!
2. WAJIB ada motivasi memasak...tak kiralah motivasi drpd husband ke, kekasih ke, ibubapa @kwn2...mtk motivasi tu drpd mereka. cara nak mtk? Lu pikir la sndrik..wakakaka..
3. WAJIB ada resipi&bahan2 untuk memasak...mestilah kan, kalu takde,mcamana nk masak.haishhhhh....


ok, tu je..xsusah kan?



p/s: memasak dengan kasih sayang itu yg paling penting, walapun xsedap. kalu kita memasak utk org tersyg&kita memasak dengan kasih syg itu sendri, mknan tak sedap pon boley jadi sedapppppp dan menjilat jari~!!!!

~PB~

What's cookin' PoohBear untuk beginners&moderate 'chef at home'

This is my first blog,talking ALL about culinary industry. i will share with you recipes,  personal taste, tips, pictures, secrets in the culinary world. i LOVE to cook, love to eat but other than that, love to 'feed' my love ones with my cooking... ^^

I'm from Kuching,Sarawak,Malaysia...hence my blog writing will be in Bahasa Malaysia & English...
thanks for the followers, thanks in advance for the commentors..hopefully this blog sites may help you in your journey to the culinary world!!!!

Blog ini saya tujukan untuk kawan2 yang baru hendak melangkah kaki ke dapur, tak kiralah umur anda! ^^ bak kata pepatah,proses belajar tidak akan pernah berhenti selagi nyawa dikandung badan..blog saya akan membantu anda dalam perjalanan anda. semua resipi, tips, rahsia, kemahiran adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri bersama pengetahuan yang diambil dari bonda tercinta, kawan2 teman memasak dan lain-lain. jangan risau, semua resipi saya akan tunjukkan langkah yang paling mudah&fleksibel untuk diikuti bahkan budak2 pun boleh ikut sama!