What time is it?

Tuesday, May 20, 2014

RESIPI SWEET CORN SOUP WITH CRAB MEAT

1 Packet instant corn soup (seafood@chicken )
1 egg (any size)
5cups plain water
1 ½ spoon corn flour
Secubit Serbuk cukup rasa

BAHAN A
1 tin sweet corn
Sliced thinly tin button mushroom
Sliced thinly crab meat
Sliced thinly black mushroom

Cara-cara
Panaskan 5cups plain water, masukkan 1 packet instant corn soup
Apabila air sudah mendidih, masukkan semua bahan A
Kacau sup sambil masukkan serbuk cukup rasa
Kemudian, pecahkan 1 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan garfu sehingga putih dan kuning telur bercampur.
Dengan perlahan-lahan, masukkan telur ke dalam sup sambil sebelah tangan mengacau sup menggunakan garfu. Ini akan memberi efek carikan telur yang cantik.
Akhir  sekali, masukkan tepung jagung untuk memekatkan sup. (ikut kepekatan yang disuka)
Tutup api dan siap dihidangkan... ^_^

TIPS:
1) bahan campuran boleh dipelbagaikan, boleh masukkan isi ayam, pelbagai jenis cendawan, dan sebagainya.
2) pastikan api dibesarkan semasa memasukkan telur.
3) tepung jagung dicairkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sup untulk mengelakkan gumpalan tepung. Kepekatan sup mengikut citarasa sendiri.






Monday, March 10, 2014

RECIPE MOCHA CHEESECAKE BROWNIES

                        RECIPE MOCHA CHEESECAKE BROWNIES
MOCHA CHEESECAKE BROWNIES
Mocha batter
185g butter
1/4 cup cocoa powder
1  cup castor sugar
3 eggs
1 cup flour
1/4 cup black coffee

cheesecake
500g cream cheese (2 pack of tartura cheese)
5 tbsp castor sugar
2 eggs
1tsp vanila extract

Cara-caranya
1. panaskan oven 160deg, lapik loyang berukuran 8 inci dengan baking paper
2. gaul dengan sebati coffee, cocoa powder, butter, sugar, eggs and flour.
3. di dalam bekas yang lain, gaulkan cream cheese, gula, telur dan vanila sehingga kembang. 
4. tuang ke dalam loyang bergilir2 shingga habis dan swirl menggunakan mata pisau untuk memberi efek marble
5. bakar di dalam oven selama 15-20 minit atau sehingga brownies masak

TIPS:
  • pastikan adunan di dalam loyang tidak terlalu tinggi,  tidak melebihi 3 cm. sekiranya ingin membuat brownies yang lebih tinggi, lebihkan masa untuk memasak di dalam oven.
  • jangan biarkan brownies terlalu masak atau kering di dalam., untuk mengekalkan kelembapan brownies. 
  • keluarkan brownies dari oven apabila telah 3/4 masak. 
selamat mencuba.... ^^ 

Sunday, January 19, 2014

RESIPI MINI CHICKEN MUSHROOM POTPIE

bahan2
bekas loyang pie

Bahan inti
1 isi dada ayam dihiris kiub@ayam cincang
mixed vegetable (carrot, peas,corn) sukatan ikut banyak sayuran dikehendaki
1 biji kentang (dipotong dadu&direbus kemudian dilenyek)
1/4 cup susu segar
1 sudu besar mentega
cendawan butang tin (dihiris kecil)
sedikit minyak untuk menumis
bawang putih,bawang merah dicincang
sos tiram
1tsp kicap manis
garam& perasa


Bahan pie crust
tepung gandum 2 1/2 cup
1 cup susu segar
1 cup butter
1 tsp garam
kuning telur
minyak untuk mengoles loyang pie


Cara2nya (membuat pie crust)
1. adunankan bahan pie crust kecuali kuning telur. jika adunan berupa sedikit crumbly@kering, uli dengan tangan tambahkan sedikit demi sedikit susu segar sehingga adunan boleh dibentuk menjadi kulit pai.

2. sediakan loyang pai yang telah dioleh dengan minyak dan leperkan adunan kemudian jadikan ketebalan pai crust tidak lebih dari 0.5cm.

3. bakar pai di dalam oven dengan suhu 180darj selama 10-15minit. (pai masih dalam keadaan setengah masak tetapi sudah  boleh di angkat dari loyang

Cara2 (membuat inti)
1. tumis bwg putih&bwg merah dengan sedikit minyak di dalamkuali. setelah naik bau, masukkan isi ayam & mixed vegetable. campurkan sos tiram, kicap manis,garam&perasa. masak sehingga empuk
2. di dalam bekas lain, campurkan kentang yang sudah dilenyek tadi bersama mentega&susu.
3. apabila inti ayam tadi sudah masak dan kuahnya juga sudah sedikit kering,tutup api kemudian campurkan ke dalam bekas berisi kentang lenyek,mentega&susu tadi. gaul rata sehingga sebati. (pastikan inti tidak terlalu kering@terlalu basah)
4. biar inti sejuk dahulu selama beberapa minit, sebelum dimasukkan ke dalam kulit pai
5. apabila sudah dimasukkan inti ke dalam kulit pai, sediakan topping dengan menggunakan lebihan adunan kulit pai tadi. terpulang bentuk topping yang dikehendaki.
6. sapu kuning telur tadi di atas topping dan sisi kulit pai. jika tidak menggunakan topping, sapukan kuning telur di atas inti pai untuk memberi warna dan rasa.
7. bakar sekali lagi pai, tapi tanpa loyang. dengan suhu 150darj selama 20minit menggunakan api atas untuk memasakkan topping,kemudian ditukar api bawah selama 15minit. bakar sehingga topping menjadi keperangan&kulit dibawah pai juga keperangan. hidangkan pai di dalam kertas cawan.

Lazat dimakan untuk sarapan pagi, dna petang bersama keluarga!!!! SELAMAT MENCUBA!  ~PB~

TIPS
*pastikan kulit pai tidak terlalu nipis untuk mengelakkan pecah
*loyang pai harus dioles dengan minyak untuk tidakmelekat
*topping pai tidak semestinya dibuat, terpulang kepada kehendak individu
*pembakaran kali ke2 boleh dilakukan ketika hendak menikmati hidangan, sekiranya ingin disimpan terlebih dahulu, selepas meletakkan topping, masukkan pai ke dalam peti sejuk dengan bekas tertutup. jika hendak dinikmati, barulah dibakar. ^^











Tuesday, January 14, 2014

RESIPI CHOCOLATE CHIP OAT BISCOTTI

Bahan2nya
Bahan kering
2 cup tepung gandum @ serbaguna
1/2 cup oatmeal
1/2tsp baking soda
1/2tsp baking powder
1/2tsp garam
1 cup gula halus

3 telur
1 tsp vanila
1 cup chocolate chip/chocolate rice

cara-caranya
1.preheat oven 180darj selama 15 minit
2. gaul rata bahan kering ke dalam mangkuk, kemudian pukul telur satu persatu dan vanila kedalam mangkuk tadi.
3. setelah adunan sebati, gaul dengan senduk chocolate chip/rice
4. di dalam tray pembakar, sapukan sedikit tepung untuk mengelakkan roti melekat apabila dibakar
5.sapukan ke dua tangan dengan tepung sebelum mengendalikan adunan,  letakkan adunan di atas tray pembakar & bentukkan menjadi 'log'.
6. masukkan ke dalam oven pembakar dengan suhu 180darj selama 20-25minit
7. selepas itu, sejukkan log biscotti selama beberapa minit sebelum mula memotong.
8. potongan bergantung kepada kehendak masing2
9. susun biscotti yang telah dipotong tadi didalam tray pembakar dan bakar sekali lagi dengan suhu 150darj selama 10-15minit untuk sebelah, kemudian diterbalikkan sebelah lagi dengan suhu yang sama untuk 10-15minit lagi.
10. biscotti telah siap apabila kedua belah bahagian keperangan dan telah kering.
11. masukkan biscotti yang telah sejuk ke dalam bekas kedap udara dan ia boleh disimpan untuk minum petag bersama keluarga atau sebagai sarapan pag... ^_^


TIPS:
*adunan biscotti adalah lembik dan harus mengendalikkannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan ianya terlalu melekat ke tangan. gunakkan tepung gandum untuk mengurangkan adunan terlalu melekat ke tangan
*jangan memotong biscotti terlalu tebal@nipis, ketebalan 1-2cm adalah kebiasaan.







Monday, January 13, 2014

Resipi Nasi goreng 7minit...

 Sonang bah itu...sarapan yang mengenyangkan untuk anak2 ke sekolah, yang bergegas ke tempatkerja, masukkan suma je bahan ke dalam kuali..then siap!! dalam masa 7minit.

Nasi Goreng Butter Telur bersama ikan bilis rangup
Bahan2 (hidangan 1-2orang)
Nasi yang sudah ditanak (2cawan)
Telur 1 biji
Mentega 1 sudu
ikan bilis yang sudah digoreng rangup

  1. masukkan mentega ke dalam kuali yang panas (api kecil)
  2. masukkan telur dan gaul sehingga telur setengah masak&hancur
  3. masukkan nasi dan menggunakan api besar, teruskan mengaul nasi tadi sehingga semua bahan telah sebati. bolehlah dimasukkan bahan perasa&garam secukupnya.

TIPS:
*basuh terlebih dahulu ikan bilis untuk menrangupkannya
*mentega memberikan rasa lemak kepada nasi, namun mentega boleh diganti dengan minyak

Unwell PB.... :(

haluuuuuu...haluuuuu...
seharian semalam PB tak sihat,..dapur WCPB pun tak berasap lah nampak gayanya...tapi skrg, alhamdulillah...PB dh sembuh & dh boleh meng'asap'kan dapur WCPB.... ^_^

Saturday, January 11, 2014

Resipi Bubur Ayam ala Assyura McD

Bubur Ayam ala Assyura McD (hidangan 1-2 org)\

Beras 1 cawan
air 5cawan
Isi ayam dipotong jalur2 (100g)
Bawang merah
halia
ikan bilis
kacang tanah yang telah digoreng (pilihan)
daun sup
garam&perasa (guna serbuk cukup rasa lebih sesuai)


  1. basuh beras sehingga bersih 
  2. masukkan beras,halia bersama air  kedalam periuk
  3. mayang (potong panjang2@nipis) bwg merah dan halia 
  4. reneh bubur selama 20-30minit,gaul sesekali untuk mengelak bubur hangus di bawah periuk, gunakan api kecil sentiasa
  5. bubur telah masak apabila beras sudah mengembang&lembut untuk dimkn, kemudian bolehlah dimasukkan bahan perasa dan garam


Bahan sampingan
isi ayam digaul dengan bahan perasa&ditumis dengan minyak sedikit di atas kuali. angkat sehingga ayam sudah setengah masak
goreng bwg merah di dalam minyak sehingga keperangan kemudian ditoskan,
goreng ikan bilis sehingga keperangan dengan api kecil
potong nipis daun sup

akhir sekali, taburkan ayam, bwg goreng, ikan bilis,kacang & daun sup di atas bubur yang siap dihidang.


TIPS:
* sukatan beras:air = 1:5 (maksudnya 1 cwn beras bersamaan 5 cawan air)
* mengoreng bwg merah dengan api yang kecil, apabila melihat bwg merah sudah berwarna sedikit perang, tutp api tapi teruskan mengacau bwg di dalam minyak panas tadi selama 15-20saat kemudian diangkat dan ditoskan. cara ini memastikan bwg kekal rangup keseluruan dengan sempurna
* masukkan sedikit bwg&isi ayam yg sudah digoreng ke dalam bubur untuk menambah perasa bwg goreng dan ayam ke dalam bubur
*  kekerapan mengacau bubur sementara ia masak memberi kesan bubur hancur&kurang hancur.
*kepekatan bubur bergantung kepada selera masing2 dengan menambah@kurgkan air